Dulu belajar ulumul qur'an ketika sampai ke qira'ah asyrah, hanya sekedar tahu bahwa periwayatan al-qur'an dari satu generasi ke generasi yang lain diriwayatkan dengan bunyi, tulisan hanya sekedar membantu saja dalam penghafalan. dan rujukan utama untuk membenarkan suatu bacaan adalah dari riwayat bunyinya.
Riwayat bacaan alQur'an yang kita orang indonesia baca adalah bunyi yang diriwayatkan oleh imam qira'ah 'Ashim al=Kufi, dari jalur periwayatan Hafs. nah.. banyak dari kita gak tau perbedaan dari bacaan qira'ah kita dengan bacaan dengan qira'ah yang lain. ya wajar sih, kan jarang yang menguasai..
nah di video ini nih, di menit 12:20.. diterangkan perbedaan bacaan qira'ah dari masing-masing riwayat.. subhanallah, yang menjelaskan bukan syekh yang sudah tua, tapi seorang anak muda yang masih sangat belia. sudah hafal qur'an dengan sepuluh qira'ah dan tahu detil perbedaan masing-masing qira'ah... masyallah..
bagi yang belon tahu sepuluh imam qira'ah berikut saya sebutkan di bawah ini. perbedaan ini bukan menunjukkan bahwa al-qur'an banyak versinya, perbedaan qira'ah ini memang dicontohkan langsung oleh rasulullah. hikmah dari perbedaan qira'ah ini, memudahkan masyarakat yang mempunyai lahjah (dialeg) dalam pengucapan punya pilihan membaca al-qur'an yang sesuai dengan lahjah-nya tanpa menyalahi hukum pembacaannya.
1 Nāfi’
Nama penuh Imam Nāfi’ ialah
Nāfi’ bin Abd al-Rahmān bin Abū Nu’aim al-Laisī. Beliau dilahirkan pada
tahun 70 H dan wafat pada tahun 169 H di Madinah.
Beliau mempunyai sanad guru yang
ramai, antaranya ialah Abū Ja’afar, Abd al-Rahmān bin Hurmuz, Abd
al-Rahmān dari Abdullāh bin Abbās dan Abū Hurairah, dari Ubay bin Ka’ab
dan Ubay dari Rasulullah s.a.w. Perawi Imam Nāfī’ ialah:
a. Qālūn
Nama sebenar beliau ialah Abū Mūsā Isā bin Mīnā. Beliau di gelar Qālūn kerana baik dan bagus suaranya membaca al-Qur’an. Qālūn itu berasal dari bahasa Rumawi yang bermaksud baik. Beliau dilahirkan pada tahun 120 H dan wafat pada 220 H di Madinah.
b. Warsy
Nama sebenar beliau ialah Abu Said Uthman bin Said al-Misri. Beliau dilahirkan pada 110 H dan wafat pada tahun 197 H. Beliau mendapat gelaran Warsy kerana beliau adalah orang yang paling baik suaranya dan fasih lidahnya membaca al-Qur’an. Apabila beliau membaca al-Qur’an, orang datang berduyun-duyun mendengarnya, sehingga orang tidak pernah bosan mendengarnya.
2 Ibnu Kathir
Nama sebenar Ibnu Kathir ialah
Abdullah bin Kathir bin ‘Amru bin Zazhan. Beliau dilahirkan pada tahun
45 H dan wafat di Mekah pada tahun 120 H.
Ibnu Kathir mempelajari
al-Qur’an dan qiraat dari Abi al-Saib, Abdullah bin Saib, Mujahid dan
lain-lain. Ibnu as-Saib mempelajari al-Qur’an daripada Ubai bin Ka’ab
dan Umar bin al-Khatab daripada Rasulullah s.a.w.. Ramai yang mengambil
bacaan daripada Ibnu Kathir. Terdapat dua perawi daripadanya yang
termasyhur, iaitu;
a. Al-Bazzi
Nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Qasim. Beliau dilahirkan pada tahun 170 hijrah dan telah kembali ke rahmatullah pada tahun 250 hijrah di Mekah. Beliau merupakan salah satu imam qiraāt dan muazzin di Masjidilharam.
b. Qunbul
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abd al-Rahman bin Muhammad al-Makhzumi. Beliau dilahirkan pada tahun 190 Hijrah dan wafat pada tahun 291 hijrah di Mekah. Beliau digelar Qunbul kerana orang ramai memanggilnya dengan panggilan Al-Qanabilah.
3 Abu ‘Amru Al-Basri.
Beliau ialah Zabban bin al-‘ala
bin Umar bin al-Iryan bin Abdullah bin al-Husin. Beliau dilahirkan pada
tahun 68 hijrah dan wafat di Kuffah pada tahun 154 hijrah. Beliau telah
mempelajari al-Qur’an daripada beberapa orang guru, iaitu Abi Ja’far,
Nafi’ bin Abi Naim, ‘Abdullah bin Kathir, ‘Asim bin Abi al-Nujud, dan
Abi al-‘Aliyah. Abu al-‘Aliyah telah mengambil bacaan daripada ‘Umar
Al-Khattab, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, dan Abdullah bin ‘Abbas,
daripada Rasulullah s.a.w.. Ramai yang telah mengambil bacaan daripada
Abu ‘Amru, antaranya ialah Yahya bin al-Mubarak, dan lain-lain lagi.
Antara perawi yang termashur ialah al-Duri dan al-Susi.
a. Al-Duri
Nama sebenar beliau ialah Hafs Bin Umar Bin Abdul Aziz. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah dan wafat pada tahun 246 hijrah.
b. Al-Susi
Nama sebenar beliau ialah Soleh Bin Ziyad Bin Abdullah Al-Susi. Beliau dilahirkan pada tahun 171 Hijrah dan wafat pada 261 Hijrah. Beliau merupakan Qari yang dhabit dan thiqah.
4 Ibnu ‘Amir As-Syamī
Beliau ialah Abdullah bin ‘Amir
bin Yazid bin Tamim. Gelaran beliau ialah Abu Imran. Beliau dilahirkan
pada tahun 21 Hijrah dan wafat pada tahun 118 Hijrah di Damsyik. Beliau
mempelajari Qiraat daripada Uthman bin ‘Affan daripada Rasulullah
s.a.w..
Terdapat ramai yang mengambil bacaan daripada Ibnu ‘Amir. Antara perawi yang termasyhur ialah Hisyam dan Ibnu Zakwan.
a. Hisyām
Nama sebenar beliau ialah Hisyām bin ‘Umar bin Nāsir. Nama gelarannya ialah Abu al-Wālid Beliau dilahirkan pada tahun 153 Hijrah dan wafat pada 245 Hijrah di Damsyik.
b. Ibnu Zakwan
Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Zakwan al-Dimasyqi. Beliau merupakan syiekh qiraat di syam dan imam di masjid Damsyik. Beliau dilahirkan pada tahun 173 Hijrah dan wafat pada tahun 242 Hijrah.
5 ‘Asim Al-Kufi
Nama beliau ialah ‘Asim bin
Bahdilah Abi al-Najud al-Asadi. Nama gelaran beliau ialah Abu Bakar.
Beliau menjadi imam qiraat di kuffah selepas gurunya Abi Abdul Rahman
al-Sulami. Beliau telah mempelajari qiraat daripada gurunya, Abi Abd
al-Rahman bin Abdullah al-Sulami. Abi Abd al-Rahman mengambil bacaan
daripada Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin ‘Affan ‘Ali bin Abi Talib, dan
Ubay bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit. Semua para sahabat iaitu Abdullah
bin Mas’ud, Uthman bin ‘Affan, Ali bin Abi Talib, Ubay bin Ka’ab dan
Zaid bin Thabit mengambil bacaan daripada Rasulullah s.a.w..Beliau telah
wafat pada tahun 127 Hijrah.
Ramai yang telah mengambil bacaan daripada ‘Asim. Antara perawi yang paling masyhur ialah Syu’bah dan Hafs.
a. Syu’bah
Nama sebenar beliau ialah Syu’bah bin ‘Ayyash bin Salim. Beliau dilahirkan pada tahun 90 Hijrah dan wafat pada tahun 193 Hijrah. Beliau merupakan imam besar dan ulama’ di kalangan Ahli Sunnah di Kufah. Beliau telah Khatam al-Qur’an sebanyak 18 ribu kali.
b. Hafs
Nama sebenar beliau ialah Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi al-Kufi. Beliau dilahirkan pada tahun 90 Hijrah dan wafat pada tahun 180 Hijrah. Kebanyakan umat Islam kini membaca Al-Qur’an menurut riwayat Imam Hafs ini.
6 Hamzah Al-Kufi
Nama sebenar beliau ialah Hamzah
bin Habib bin ‘Immarah. Beliau merupakan Imam Qiraat di Kuffah selepas
kewafatan Imam ‘Asim. Beliau dilahirkan pada tahun 80 hijrah dan wafat
pada tahun 156 hijrah di Kufah. Beliau mempelajari Qiraat daripada Abu
Muhammad Sulaiman bin al-A’masy daripada Abu Muhammad Yahya bin Wathab
al-Asadi daripada Abu Syibil ‘Alqamah bin Qis daripada Abdullah bin
Mas’ud daripada Rasulullah s.a.w.
Ramai yang telah mengambil bacaan daripada Imam Hamzah ini. Antara perawi yang termasyhur ialah Khalaf dan Khallad.
a. Khalaf
Nama sebenar beliau ialah Kholaf bin Hisyam bin Tha’lab. Nama gelaran beliau ialah Abu Muhammad. Beliau merupakan seorang yang thiqah, Zuhud dan ‘Alim. Beliau dilahirkan pada tahun 150 Hijrah dan wafat pada tahun 229 Hijrah di Baghdad.
b. Khallad
Nama sebenar beliau ialah Khallad bin Khalid As-Syaibani. Beliau dilahirkan pada tahun 130 Hijrah dan wafat pada tahun 220 Hijrah di Kuffah. Beliau merupakan seorang imam qiraat yang thiqah dan sangat mengetahui mengenai kebenaran.
7 Al-Kisaie Al-Kufi
Nama sebenar beliau ialah Ali
bin Hamzah bin Abdullah Al-Asadi. Nama gelaran beliau ialah Abu Hasan.
Beliau merupakan guru qiraāt pada zamannya. Beliau sangat tahu
mengenainya dan sangat dhabit tentangnya. Beliau mempelajari qiraāt
secara langsung daripada Imam Hamzah sebanyak empat kali dan beliau juga
mempelajarinya daripada Muhammad bin Abi Laili, Isa bin Umar dan
lain-lain. Isa mengambil bacaan daripada ‘Asim,’ dan sanadnya bersambung
ke Rasulullah s.a.w. sama seperti sebelum ini.
a. Abu al-Harith
Nama sebenar beliau ialah al-Laith bin Kholid al-Mirwazi al-Baghdadi. Nama gelaran beliau ialah Abu Harith. Beliau merupakan seorang yang sangat dhabit dengan qiraat. Beliau wafat pada tahun 240 Hijrah.
b. Al-Duri
Nama sebenar beliau ialah Hafs bin Umar bin Abdul Aziz Ad-Duri. Beliau merupakan perawi yang sama dengan Abu Amru.
8 Abu Ja’far Al-Madani
Nama sebenar beliau ialah Yazid
bin al-Qa’qa’ al-Makhzumi. Beliau merupakan imam qiraāt di Madinah yang
sangat sempurna thiqah dan dhabitnya. Beliau telah mempelajari qiraat
daripada Abdullah bin ‘Abbas, dan Abu Hurairah. Mereka mempelajarinya
dari Ubay bin Ka’ab. Ubay bin Ka’ab mengambil bacaan daripada Rasulullah
s.a.w.
Ramai yang merawikan qiraāt
daripadanya, antaranya ialah Nafi’ bin Abi Naim, Abdul Rahman bin Zaid
bin Aslam, Abu Amru bin al-‘Ala’, dan lain-lain lagi. Terdapat dua orang
perawi yang termasyhur, iaitu ‘Isa bin Wardan dan Sulaiman bin Jammaz.
a. Ibnu Wardan
Nama sebenar beliau ialah ‘Isa bin Wardan al-Madani. Beliau wafat di Madinah pada tahun 160 Hijrah.
b. Ibnu Jammaz
Nama sebenar beliau ialah Sulaiman bin Muhammad bin Muslim bin Jammaz. Beliau wafat di Madinah pada tahun 170 Hijrah.
9 Ya’qub Al-Basri
Nama sebenar beliau ialah Ya’qub
bin Ishaq bin Yazid bin Abdullah bin Abi Ishaq. Gelaran beliau ialah
Abu Muhammad. Beliau merupakan salah seorang dari qurra’ sepuluh. Beliau
mengambil bacaan daripada Abi al-Munzir Salam bin Sulaiman, Abi
al-Asyhab Ja’far bin Hayyan dan lain-lain. Salam mengambil bacaan
daripad ‘Asim al-Kufi dan daripada Abu Amru.
Ramai yang merawikan qiraat
daripadanya, antaranya ialah Abu Hatim al-Sajastani, Muslim bin Sufian,
Abu Basyar Al-Qitthan, Abu Amru dan lain-lain. Perawi yang termasyhur
ialah Ruwais dan Rauh.
a. Ruwais
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin al-Mutawakkal al-lu’lu’i Al-Basri. Nama gelaran beliau ialah Abi Abdullah. Beliau wafat di Basrah pada tahun 238 Hijrah.
b. Rauh
Nama sebenar beliau ialah Rauh bin Abdul Mu’min al-Hazli Al-Basri. Beliau digelar Abu al-Hasan. Beliau wafat pada tahun 234 Hijrah.
10 Kholaf al-‘Asyir
Nama sebenar beliau ialah Kholaf
bin Hisyam bin Tha’lab. Beliau merupakan seorang hafiz al-Qur’an ketika
berumur sepuluh tahun. Beliau mula mempelajari ilmu ketika berumur tiga
belas tahun. Beliau merupakan seorang yang thiqah, zuhud dan alim.
Beliau mempelajari qiraat daripada Salim bin ‘Isa dan Abd al-Rahman bin
Hammad, dan mereka mengambil bacaan daripada Hamzah.
Ramai yang telah merawikan
qiraat daripadanya. Antaranya ialah Wasma’a Ahmad bin Ibrahim, Ahmad bin
Yazid al-Halwani, Idris bin Abdul Karim al-Haddad dan lain-lain.
Terdapat dua orang perawi yang termasyhur, iaitu Ishaq dan Idris.
a. Ishaq
Nama sebenar beliau ialah Ishak bin Ibrahim bin Uthman bin Abdullah. Beliau digelar Abu Ya’qub. Beliau wafat pada tahun 286 Hijrah.
b. Idris
Nama sebenar beliau ialah Idris bin Abdul Karim al-Haddad al-Baghdadi. Beliau digelar Abu al-Hasan. Beliau wafat pada tahun 292 Hijrah.
0 komentar:
Post a Comment